SELAMAT DATANG
Menu
Koleksi

Koleksi 'Quick Reference'

Terdapat beberapa ensiklopedia, kamus, desk reference , world reference dan lain-lain sumber untuk memudah dan membantu pengguna mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.

Koleksi Kajian MAMPU

Laporan Kajian MAMPU merupakan satu koleksi khas yang dikumpul dan dikemaskini dari masa ke semasa sejak tahun 1979. Sehingga kini terdapat lebih dari 1000 naskhah laporan kajian berkaitan pentadbiran awam yang disimpan di perpustakaan.

Koleksi Terbitan Bersiri

Terdapat 33 judul jurnal dan majalah terbitan dalam dan luar negara yang dilanggan oleh perpustakaan.

Koleksi Pandang Dengar 'Audio Visual'

Merangkumi CD ROM dan pita video berkaitan pengurusan, ISO, TQM dan KMK ; rakaman anugerah dan majlis-majlis rasmi anjuran MAMPU serta komputer dan lain-lain bahan visual yang berbentuk self improvement.